Monday, June 3, 2013 - 0 comments

mUKtaMAd!


walaupun aku tak solat Istikharah, 
aku rasa aku da nekad 
untuk berenti keje kat Guardian tu!
mama ngan papa pun da bg green light da
so, tanggal 1hb Jun aritu, aku da siap taip
surat, tinggal nak bg je kat boss


masa aku sampai kedai tu, aku nampak boss
tengah interview org laki
aku pun tanya la kat Zue, tu sapa?
dia kata org baru nak ganti budak smalam 
yg baru masuk
dalam ati aku, WTH kan?
lg la aku takut nak bg surat tu
sbb aku cam kesian kat dia, cane kalo 
dia x dpt cari org lg?

pastu dia pun ajak masuk ofis jap
dia bukak surat tu, then..
dia tanya aku dapat keje katne? 
sbb dalam surat tu, aku tulis aku dapat keje 
tempat lain (padahal x pun!)
aku pun kelentong la aku dapat keje kat audit firm
sebagai pembantu akauntan
hahaha
pastu dia tanya gaji brapa, aku cakap RM1800!
padahal aku nak cakap RM1500 je
melebih-lebih lak kan aku ni

tp masa aku bg surat tu kat dia, 
aku menitiskan air mata!
ye r, serius aku kesian kat dia 
tp bak kata org2 kat situ, dia pun x kesian kat dia,
asal kita kena kesian kat dia lak?
lgpun aku kan soft-hearted~

pastu aku cakap la kat Kak Mona ni,
amek la Imran tu, dia kata nak jd supervisor
pastu dia kata, "ye la, nanti I bagitau dia"
dia kata lg, kalo dia amek Im tu jd supervisor, dia kata
first time dia de key holder dua2 laki

si Im tu da r x asik nak tunjuk muka x puas 
ati je bila depan Kak Mona ni
xtau r bila da jd key holder nanti, tah2 
ari2 gaduh je kejenya

yg si Im ni lak x puas ati sbb aku berenti keje x gtau dia
sbb dia cam x leh nak geng ngan budak baru ni
sbb dia kata, dia x suka budak Kelantan
bengong tol mamat ni
dia gtau aku lg, dia nak mintak tukar g Shah Alam
sbb dekat ngan umah akak dia
lol
aku, kata kat dia, tunggu r sebulan 2 lg baru tukar
jap gi heart attack lak org tua tu
da r de high blood pressure
pape je la Im oii~~

reason sebenar selain dia asik nak 
marah employee dia je 
yg membuatkan aku decide nak benti keje adalah:

- dia asik call aku time cuti soh datang ofis jap 
semata2 nak bebel pasal keje yg x 
siap ari sebelumnya
membazir je ari cuti aku! 
mentang2 la umah aku dekat

- dia kutuk blakang yg mengatakan suma 
staff dia lembab wat keje
aku xtau r dia kutuk aku gak ke x, tp kalo 
da dia leh kutuk org lain, confirm 
aku pun kena gak
Contonhya: dia kata depan aku, "I expect more from U
sbb U de diploma, diorg tu just cashier. Takat SPM je"
memang ayat tu menusuk kalbu giler..
terngiang2 sampai skarang

ayat ni gak yg aku da decide giler dalam ati, 
aku x patut keje ngan org yg x respect ngan org lain!

p/s: so, tanggal 1st July 2013 ni, aku
akan tamatkan perkhidmatan aku kat Guardian
tp dia kata leh balik bila2 masa je yg aku 
nak sbb nya aku bg notis 1 bulan
so, nama aku x la di blacklist kan
macam la aku nak! 
kalo aku balik Guardian pun, bukan kat Sek.3 la ye~

0 comments:

Post a Comment