Monday, January 5, 2015 - 0 comments

pErcutian KeLUarGa - Langkawi Pt.3 (Last Day)



Pada hari terakhir ni kitorang just menunggu
untuk naik ferry je kul 11.30 AM. Gerak dari homestay tu
kul 10 AM kot sbb Papa nak kena anta kereta
sewa tu balik. Nak kena lepas kastam lg.

Dengan agak takut, depan pintu kastam tu kitorg cam
nak agih2 barang tp tah nape kitorg jalan je.
Dan En. dan Pn. kastam tersebut tak hentikan
kitorg untuk di periksa pun. Maybe sbb kitorg dalam 
bilangan yg ramai dan balik pada waktu pagi, tu yg dia bagi lepas
je kot. Kalau org yg balik petang besar kemugkinan
dia balik hari je. Mungkin org yg sedemikian akan
di tahan pihak kastam. Agak suspicious balik dari Langkawi sorang dua
tapi barang je banyak, beg bajunya xde. Gitu la kot.


Kekeke. Mujur beli topi kebun ni. X pepasal terbakor
dalam ferry nanti.

Selepas da sampai K.Perlis, gi makan kat Anjung keli.
Fav ni, keli. Bermacam jenis masakan keli yg de kat situ.
Keli bakar, masak asam pedas, masak sambal, goreng
dan sebagainya. Lauk lain pun de gak la.

Petang tu lepas da rehat jap kat rumah dan
homestay memasing, Kak Shani ajak g cafe x-staff beliau.
Agak jarang de cafe kat Perlis ni. Lagipun cafe ni
baru je lagi. Kalau dia wat kat area Arau, confirm ramai 
costumer datang sbb sane memang port student nak melepak.
Almaklumlah ngan UiTM Araunya.
Cafe tersebut bernama "Hannah Cookies"
sempena nama anak diorg katanya.
Kalau nak g sini, dia area Jalan Kaki Bukit. 
Korang search je la kat Swarm/Foursquare tu, confirm ade.
Ramai da pun yg check-in sini.
Lepas kitorang datang je, ramai lak yg datang.
Kebanyakkannya budak perempuan. Student la tu.




Sedap~

Da melantak sket tu, g la rumah sedara mara. 
Malam tu dapat gak makan western kat Maicafe~

Keesokan harinya kul 10 AM g Padang Besar lak.
Kak Iz nak beli pe tah untuk mak dia. De gak dia beli 
baju untuk mengandung. Dan Alang pun mengomel, 
"Kata, nak cari baju, tp suma skirt je yg di beli"
Sabau je la ye Alang.

Lepas lunch kat situ gak, Alang, Kak Iz, Kakak, 
Abang & Kak Shani pun balik la ke Bangi meninggalkan aku
serta Papa & Mama. Kitorang balik esoknya. 

Oh ye, aku de bawak balik meow baru dari kampung.
Sangat comel dan manja. memang lama da teringin kucing kaler oren,
dan beliau pun dipanggil Owen. Sebutan dia bukan la seperti
pelakon Owen Wilson mahupun pemain bola England, 
Owen Hargreaves dan Michael Owen.
Sebut dia cam sebut kaler/buah oren tp just 
tuka "R" with "W". Cam pelat2 giteww~

Presenting my own Owen~


Dia suka tdo kat leher, tu yg kena tutup muka tu.

Ondaway bawak balik to Bangi.

p/s: Percutian kali ni sangat success walaupun
de hujan sket2.

0 comments:

Post a Comment