Saturday, January 3, 2015 - 0 comments

pErcutian KeLUarGa - Langkawi Pt.1



Pada hujung taon yg lalu lebih tepat lagi pada 28/12/2014
kitorg sekeluarga sepakat nak bercuti ke Langkawi.
Disebabkan kampung aku kat Perlis; aku, Papa & Mama balik
Perlis dulu 2 hari sebelum. Esoknya Alang, Kak Iz 
& Kakak pun sampai then nak kat Maghrib tu, 
Abang & Kak Shani sampai dari Penang. 

Lgpun payah lak nak trus ke Langkawi dari KL kan. 
Kalau org yg naik flight tu boleh la kan.
Malam tu kitorg nak g makan kat western biasa g
kalau balik Perlis ni tp tutup la pulak. Cuti hujung taon kot.
So, g la sampai K. Perlis makan seafood kul 10.00 PM.

Esoknya ferry kitorg gerak kul 9.30 AM. 
Takut gak masa menunggu hari nak ke Langkawi ni 
sebab waktu ni musim banjir. Mana la tau cuaca wat 
hal tengah laut, terpaksa cancel suma planning.
Tp, Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Dapat 
la bercuti sambil muka gembira~

A year later~


Alang ngan Kak Iz dok depan, tu yg xde muka diorg tu

Sesampai je sana, tunggu kereta sewa sangat
lama sbb kena amek kat tempat dia. Kul 12 PM baru
la sampai kereta tersebut. Tp, bukan seperti 
kereta yg di janjikan MyVi 2 biji tp kereta honda kot.
Memang la dari segi harga sewa lg mahal, tp
kereta kotor semacam je dengan tangki minyak kosong!
Xpepasal kena guna duit sendiri utk isi minyak.
Bila tanya nape, dia cakap "Guna je dulu".

Da gerak tu, rasa lapar lak dan memang waktu untuk 
lunch pun. Kak Shani sebagai tour guide Langkawi, (Hehehe, sorry)
ajak makan kat area airport tu. De la dalam +/-20 KM gitu.

Kitorang pun makan kat kedai Pak Ngah Cafe.
Kedai tu cam xde orang je. Hidang pun lauk pagi tadi. 
Padahal dia tulis de makanan t/hari, tp bila nak order, 
xde pulak. Jadi dia pun offer la makanan lauk 
cam ikan bakar, tom yam dan sebagainya mengikut set.
Da la malam semalam da makan seafood, nak makan
lagi untuk lunch arini? Ah, makan je la daripada xde.
Alang ngan Kak Iz pulak amek Nasi Ayam.

Lepas beberapa minit berlalu, hidangan pun
sampai satu persatu. Serius x tipu, tersangatlah sedap
masakan diorang ni. Masak on the spot tu. Well, maybe
kitorg je yg order masa tu. Sotong goreng tepung 
amat di recommenkan!

Da nak abis makan tu Papa suruh Alang ngan Kak Iz
g masuk Underwater World. Dekat je pun. Memang area situ je
kitorang makan. Papa suruh sbb Alang yg nak sangat
masuk situ untuk tengok Penguin. Yang klaka tu, Kak Iz
xnak masuk sbb dia nak ikut g shopping kedai sebelah. LOL.
Tapi diorg g gak la masuk Underwater World tu.

Sambil menunggu diorg, kitorg survey 
kedai sebelah. Survey Corelle. Ala, yg pinggan mangkuk 
pabila di campak ke lantai x pecah tu. Tp jangan la
campak, takat terjatuh tu boleh lagi la kot.

Dalam kul 5 PM tu kitorang sampai la 
ke guest house kitorg yg di beri nama Bulat Guest House.
Kira homestay la. Rumah dia jenis rumah kedai.
Saaaangaaat besar tp just de satu bilik air je.

Da rehat2 jap, Papa ajak survey Hj. Ismail lak.
Tempat yg famous amous untuk ber"Corelle". Ini first time
aku memasuki kompleks dia yg baru bukak ni.
Bagi aku tempat ni adalah tempat menshopping cekolat.
Top 3 bila aku ke sini; Nougat (Mix)
Hershey's Kisses Cookies 'n' Creme
dan Beryl's Tiramisu Almond White Chocolate.
(suka white chocolate~)




Bukan xsuka coklat lain, tp yg 3 ni je yg 
jarang de kat tempat ku berada sekarang. De pun kat 
airport yg harganya mungkin 2x ganda. Lgpun yg lain
boleh mintak Mama (LUV) Hehe.




Make sure kalau nak beli Cadbury, beli yg dia
tulis dari Malaysia ye kengkawan~

Pas da survey situ tanpa membeli apa2 selain coklat aku, 
kitorg pun g makan terus tanpa Kakak sbb
dia memang x ikut kerana tertido kepenatan dan
sakit kepala x cukup tdo.

Kali ni makan kat area Hj. Ismail je iaitu 
Bamboo Restaurant. Kat sini pun diorg offer ikan bakar. 
Seriusly nak termuntah mendegar masakan tersebut. 
Nasib baik de western. Aku, Alang ngan Kak Iz
order Chicken chop. Orang lain burger daging/ayam. 
Bungkus kat Kakak pun burger je.
Sesampai je pesanan tu, kuantiti dia amat besar gak.
Pinggan dia pun besar giler. Rasa pun sedap.

Disebabkan masa tu Mama da pening kepala sesangat,
kitorg pun balik la homestay dan menonton
Gegar Vaganza. LOL. 

p/s: Serius cuaca baik sesangat. Kecuali
hujan kejap2 dan renyai.

0 comments:

Post a Comment