Day 2 - Kuah, Langkawi.
Lepas dah menunggu giliran untuk guna bilik air,
suma pun get ready kul 10 AM. Yang klaka tu, sedap2 Alang
tengah mandi, Kak Iz jerit2 suruh Alang kuar sbb
dia da xtahan sangat nak buang air kecik. Maklumlah orang pregnant
memang sealalu rasa nak buang air. (Aku pun baru tau)
Breakfast lak kitorg just beli kat sebelah je
sbb kedai tu bukak 24 jam. Senang la kan kalau gitu.
Sangat convenient.
Pada harini aktiviti dia aku pun xtau.
Kitorg just ikut dari belakang je. Di sebabkan kitorg
de expert Langkawi, senang je la nak cari tempat.
Okay, tempat pertama yg di tuju adalah kita
berkanak2 rebina jap dengan ke Bird Paradise Wildlife Park.
Entry RM12 dewasa, RM8 kanak2. Warga emas dapat
diskaun gak. Lupa lak berapa.
|
Ganas tol Kak Iz ni. |
|
Cepat gle monyet ni kopek koci. |
|
Time kakak nak bagi, suma lari. LOL. Tu yg tinggal sekor je tu. Tupun cam takut2 nak makan. Haha. |
|
De kedai sebelum sambung tengok haiwan. |
Kat pintu beli tiket tu je da leh nak pegang2 burung
ngan baby landak. Comel tp takut nak pegang.
Kat situ gak cam biasa la de orang amek
gambar bersama burung. Kitorang amek je tp x beli pun.
Di pendekkan cerita, aku just tunjuk gambar je la.
Lokasi ke dua adalah Galeria Perdana. Iaitu
tempat Tun Dr. Mahathir Mohammad punya koleksi
hadiah2 yg di berikan kepada beliau oleh serata dunia.
Sangat banyak. De 3 bahagian; A, B dan C (2 banggunan)
Tp yang paling best koleksi kereta. Bahagian terakhir.
Sejam kemudian, kitorang makan kat depan
Kilim Geoforest Park. Xnaik bot pun. lain kali je la.
hujung taon ni pulak ke. Boleh wat tour suma
pulau kat Langkawi ni. Kat sini makan kat kedai nama Mak Lang.
Suma orang order Nasi Goreng Udang, aku je g makan
Mee Udang. Sedap dan berbaloi~ Nyum, nyum~
Kitorang meneruskan destinasi seterusnya
ke tempat yang paling lagenda kat Langkawi ni iaitu
Makam Mahsuri. Lama giler x g sini, Dia da jadi sangat lain.
Siap de caklempong datang menjemput dan pergi kat
pintu masuk dan keluar.
Datang sini x beli gamat x sah. Jadi kitorg pun singgah kat
Rojam Industries. Aku ngan Kakak dok dalam
keta sbb hujan dan diorg pun kejap je nak membelinya.
Kemudian kitorg ke kedai Wawasan untuk beli Corelle.
Kali ni beli terus. No survey2. Tips: Kat sini memang harga
dia lg murah dari kedai lain. Sbb tu aku suka bli coklat
tambahan kat sini. Murah seringgit kot!
Pas shopping g makan malam kat area Dataran Lang.
Restoran Laksa Penarak. Finally de makanan yg goreng2!
Aku pun order la Nasi Goreng Ayam + Air Asam Boi.
Sedap! Tasty! Lazat!
Dalam kul 9PM tu, jejalan kat area Dataran Lang la, pe lagi.
Last day kot. Alang2 da sampai sini. Gi je la tengok
lagi sekali. Pe la salahnya. Malam tu xramai orang sangat.
Maybe awal sangat kot kitorang datang. Xpun sbb hujan dan
sejuk. Ala bukan lebat pun hujannya. Rintik2 je.
|
Suka gambar ni. Walaupun agak dim. |
Kul 10 PM balik rumah rest dan packing segala
coklat dan pinggan mangkuk untuk di bawa sorang satu.
Lebih 3 hari rasanya xyah tax kot. Asalkan tunjuk tiket waktu pergi.
Coklat pun sama, xleh lebih bape ringgit tah.
Papa lak marah Kakak sbb letak suma coklat dalam satu
kotak. Dia takut nanti imigresen suspicious itu
adalah pinggan mangkuk dan bukannya
coklat dan akan di suruh bukak kotak tersebut.
Jadi, Kakak pun punggah balik segala coklat dia ngan aku beli.
Sedih tol nak angkat barang bebanyak ni.
p/s: Gambar update lain kali ye!
Kebanyakkan gambar de aku atau ahli keluarga.
Gambar benda/haiwan lain de gak tp cam
wat semak ruang je nak letak. Hehe.