Friday, June 20, 2014 - 3 comments

Finally! + D1



Alhamdulillah, akhirnya orang posmini tu call!
Memula masa dia call tu, aku dok dalam bilik air, aleh2
dia g call phone Papa! Memula tu cam
x excited pun de sbb hatiku sudah terkatup rapi
oleh perasaan malas. LOL. Jadi, dia call dalam nak kat kul 10 AM.
Dia kata, suh datang training kul 11 AM nanti.

Seperti yg aku cakap tadi, aku x terkocoh2 utk
get ready sbb ntah la. Siap duk depan lappy lagi sampai 10 lebih.
Di sebabkan Papa & Mama nak kuar gak g bayar bil,
aku pun cari la baju kurung untuk di iron.
Almaklumlah, hari Jumaat kena la berbaju kurung
sbb aku xtau nak pakai baju pe. Aku tengok
akak yg sementara tu rilex je pakai jeans.

OK, so b4 11 AM tu, aku pun da terpacak kat 
posmini tersebut sementara Papa bayar bil. Aku pun masuk
then dia soh aku duduk sbb dia kata lebih kurg cam 
2nd interview. Bukan pe pun just nak soh 
aku sain yg menyatakan aku training selama 2 minggu ni
sampai 4 Julai rasanya. Lepas tu, aku xtau
pe nasib aku. Sama ada dia nak serap aku trus or
mana tau hantar g cawangan lain or xmo aku langsung dah.
Jadi, tunggu je la 2 minggu lg. Nanti aku update.
Don't worry, walaupun lambat. Haha.

First skali dia tunjuk tempat2 dan benda2 kena 
wat secara rawak. Then, dia suh tengok de sorag akak ni
yg di panggil Kak Ati. Oh, lupa lak nak kenalkan
nama boss aku ni. Nama dia Hairulsam Saad atau boleh 
di panggil En. Syam/Sham tah cane nak eja tang Syam/Sham tu.
Kak Ati tu pulak dia just datang Jalan Reko ni 
sbb nak ajar aku je. Tiap kali de orang baru, dia la 
yg dok datang mengajar. Dia dari Pos Malaysia. Baru 26 taon.

Masa dia ajar tu, aku tengok je la. Dia pun de 
borak2 hal lain sket. Pasal dia nak kawin tp x jumpa 
Mr. right lg la, pasal segalanya la. Sbb dia seorg 
peramah + suka berborak. Agak kontra dari aku yg pendiam ni.
Aku memang suka kawan ngan org banyak cakap.
Dengar pengalaman diorg suma.

Lepas lunch dan petang sket dalam kul 4 PM
tu, aku pun take over tempat org bayar bil tu. Senang, 
memang senang tp as long as diorg sanggup tunggu 
orang yg baru belajar cam aku ni, aku pun x stress sangat.
Yang nak cerewet tu maybe tang Pos Laju je la kot.
Akak tu pun cakap walau ramai org sekali pun, 
wat je keje slow2. Dia kata lg, minggu depan
confirm ramai org sbb gaji baru masuk. Line mesti
sampai dinding. So, wat je slow2.


Lepas lunch~

Takat ni bayar bil. OK. Cuma pos laju tu terkebil2 sket.
Closing pun baru wat skali je. InsyaAllah, dalam seminggu
OK la kot~ Amiiinnn...

Takut pulak minggu depan kena wat sesorg sbb
Kak Ati tu ajar sampai esok je. Dah la En. Syam tu asik 
kuar ke Puchong untuk branch kat sana. Camno la dia sanggup 
ulang alik begitu. Duk pun Bangi je gak.

Balik tu, letih betul. Maybe sbb aku bangun awal kot.
Kul 5 AM gitu sbb skarang ni musim aku tdo awal.
Kalau time musim tdo lambat, confirm sebulan tu, aku 
tdo 3-4 AM. Jadi, World Cup pun aku x tengok.

Cop, cop.. B4 En. Sham tu nak balik, dia bg hadiah kat
aku ngan Kak Ati, Dia kata preparation untuk bulan puasa nanti.
Thank you, boss!!! 

Kurma + Epal yg di beli kat Econsave ^^

p/s: Sesapa nak jumpa aku, sila la bayar bil 
kat Posmini Econsave, Jalan Reko tu ye.

3 comments:

Liyana Deli June 21, 2014 at 2:26 AM

untungla dah keje baru
best x gaji?

ga rasional March 23, 2015 at 3:58 PM

Stakat ini posmini msia kat econsave jalan reko adl buruk. Pttla banyak beratur sbb bos sendiri pun cakap wat keje slow2 xpe.. Hadeiihh... Apela jadi malaysia ni bila public facility cam ni..

diela_uknow7 March 7, 2016 at 4:12 PM

Pada @ga rasional mesti la kena slow2. First day kot. Klu salah key in nnti lg byk problem nak kene settle. Bg peluang pd budak baru nk up. Klu nk laju, sila sediakan duit kecik. Lg satu, kaunter dia satu je. Sy yg penah keje kat situ pun da mcm robot je.

Post a Comment