Wednesday, June 25, 2014 - 1 comments

Bukit Broga/Broga Hill


Ehsan Google

Pada Ahad yg lalu Kak Shani mengajak aku, 
Kakak ngan Alang g hiking Bukit Broga. Pada mulanya 
memang aku excited. Almaklumlah, dah lama 
sangat teringin naik ke puncak bukit tersebut. Aritu tu pun 
Dayah ajak aku dengan bebudak Bakti ni naik. Tp x mendapat 
sambutan yg hangat kot. Tu yg x jadi tu agaknya.

So, seperti yg telah di decidekan, pagi Ahad tu
Abang amek kul 5.30 AM sbb kononnya nak tengok 
matahari terbit. Dengan cara pemanduan Abang, 
sampai la kat area Broga tu dalam kul 6 AM lebih sket.
Di sebabkan dah terlajak Petronas yg dalam 10 KM tu, 
terpaksa la solat dalam kereta. Nasib baik dah amek 
wudhuk. Senang sket kejenya.




Waiting

Dan waiting..

Tunggu, punya tunggu member Kak Shani, 
kul 7.30 AM baru la dapat start naik. Masa daki tu,
mula2 biasa la kan tp baru suku jalan dah pancit. Camno?
Nasib baik de Kak Shani skali. Leh la pancit sama2.
Haha. Banyak kali gak r kitorg benti bersama2.
Kawan Kak Shani yg 2 org tu dah kemana2 tah gi nya.
Yg sorg tu je setia menanti kitorg kat belakang.
Mesti bengang gak dia, kitorg asik rest je.
Bila la nak sampai gamaknya.
Ala, lagipun masa kitorg benti tu, dia de amek gambar2 gak
so, xde la rasa bersalah sangat. Rasanya..

Masa da 80% tu, (seperti yg di cakapkan oleh bro tu, la)
aku hampir putus asa. Seriously. Dan seperti
yg dia cakap lagi, kita benti kat depan tu, lapang sket.
Banyak kali gak dia cakap camtu. Aku tengok sama je.
Tp setelah aku agak kekurangan oxygen dan udara 
segar sbb di kelilingi pokok2, aku bersemangat 
untuk tempat yg di sebutkan tu.





Sampai je kat batu tu, nasib baik xde org.
Aku ngan Kak Shani pun dok je kat situ tanpa
berganjak sedikit pun. Kalau boleh, memang aku nak 
naik sampai puncak tp otak aku jadi shock bila
tetiba nampak kena panjat bukit yg lagi steep!
Trus aku give up. Abang ngan Kakak
naik gak sampai  puncak.







Pasni sape ajak aku lg, memang x la kot nak g nya.
Tp kalau korg sanggup tunggu, aku OK je.

Masa nak turun tu dalam kul 9 AM, member2 Kak Shani 
da sampai bawah la kot sementara kitorg 4 beradik ni 
terkebil2 untuk turun bukit tu balik. Yg lg extreme tu,
leh lak salah jalan! Terguna jalan yg curam.
Nak patah balik memang dah jauh dah. Terpaksa gak
guna jalan tersebut. Nasib baik xde pape.




Da sampai bawah tu de gerai untuk makan/minum.
Sapa yg nak pulih energy tu, leh je rest kat situ.
Aku just minum je. Xde selera nak makan. Penat
sangat dah rasanya. 





Balik tu suma org K.O. Aku je x tdo takut xleh tdo malam
tu sbb esoknya keje. Dah la Mak Cik lak 
datang umah sbb nak tengok dewan kenduri Alang.
Aku follow je sbb aku pun x pernah tengok lg tempat tu.
Nanti leh de idea untuk wat benda2 tertentu.

Kul 10 PM tu, aku x larat sangat dah. B4 Mak Cik
balik, aku g tdo kat bilik belakang. Terjaga kul 2 AM,
aku tdo dalam bilik aku. Esoknya bangun sakit gile
peha aku dua2 belah. Adeh. Yang herannya tu, 
badan ngan kaki x rasa sakit pulak.

p/s: Sesapa nak tgk gambar puncak, korg cari je la 
kat Cik Google tu ek~ Confirm berlambak!

Friday, June 20, 2014 - 3 comments

Finally! + D1



Alhamdulillah, akhirnya orang posmini tu call!
Memula masa dia call tu, aku dok dalam bilik air, aleh2
dia g call phone Papa! Memula tu cam
x excited pun de sbb hatiku sudah terkatup rapi
oleh perasaan malas. LOL. Jadi, dia call dalam nak kat kul 10 AM.
Dia kata, suh datang training kul 11 AM nanti.

Seperti yg aku cakap tadi, aku x terkocoh2 utk
get ready sbb ntah la. Siap duk depan lappy lagi sampai 10 lebih.
Di sebabkan Papa & Mama nak kuar gak g bayar bil,
aku pun cari la baju kurung untuk di iron.
Almaklumlah, hari Jumaat kena la berbaju kurung
sbb aku xtau nak pakai baju pe. Aku tengok
akak yg sementara tu rilex je pakai jeans.

OK, so b4 11 AM tu, aku pun da terpacak kat 
posmini tersebut sementara Papa bayar bil. Aku pun masuk
then dia soh aku duduk sbb dia kata lebih kurg cam 
2nd interview. Bukan pe pun just nak soh 
aku sain yg menyatakan aku training selama 2 minggu ni
sampai 4 Julai rasanya. Lepas tu, aku xtau
pe nasib aku. Sama ada dia nak serap aku trus or
mana tau hantar g cawangan lain or xmo aku langsung dah.
Jadi, tunggu je la 2 minggu lg. Nanti aku update.
Don't worry, walaupun lambat. Haha.

First skali dia tunjuk tempat2 dan benda2 kena 
wat secara rawak. Then, dia suh tengok de sorag akak ni
yg di panggil Kak Ati. Oh, lupa lak nak kenalkan
nama boss aku ni. Nama dia Hairulsam Saad atau boleh 
di panggil En. Syam/Sham tah cane nak eja tang Syam/Sham tu.
Kak Ati tu pulak dia just datang Jalan Reko ni 
sbb nak ajar aku je. Tiap kali de orang baru, dia la 
yg dok datang mengajar. Dia dari Pos Malaysia. Baru 26 taon.

Masa dia ajar tu, aku tengok je la. Dia pun de 
borak2 hal lain sket. Pasal dia nak kawin tp x jumpa 
Mr. right lg la, pasal segalanya la. Sbb dia seorg 
peramah + suka berborak. Agak kontra dari aku yg pendiam ni.
Aku memang suka kawan ngan org banyak cakap.
Dengar pengalaman diorg suma.

Lepas lunch dan petang sket dalam kul 4 PM
tu, aku pun take over tempat org bayar bil tu. Senang, 
memang senang tp as long as diorg sanggup tunggu 
orang yg baru belajar cam aku ni, aku pun x stress sangat.
Yang nak cerewet tu maybe tang Pos Laju je la kot.
Akak tu pun cakap walau ramai org sekali pun, 
wat je keje slow2. Dia kata lg, minggu depan
confirm ramai org sbb gaji baru masuk. Line mesti
sampai dinding. So, wat je slow2.


Lepas lunch~

Takat ni bayar bil. OK. Cuma pos laju tu terkebil2 sket.
Closing pun baru wat skali je. InsyaAllah, dalam seminggu
OK la kot~ Amiiinnn...

Takut pulak minggu depan kena wat sesorg sbb
Kak Ati tu ajar sampai esok je. Dah la En. Syam tu asik 
kuar ke Puchong untuk branch kat sana. Camno la dia sanggup 
ulang alik begitu. Duk pun Bangi je gak.

Balik tu, letih betul. Maybe sbb aku bangun awal kot.
Kul 5 AM gitu sbb skarang ni musim aku tdo awal.
Kalau time musim tdo lambat, confirm sebulan tu, aku 
tdo 3-4 AM. Jadi, World Cup pun aku x tengok.

Cop, cop.. B4 En. Sham tu nak balik, dia bg hadiah kat
aku ngan Kak Ati, Dia kata preparation untuk bulan puasa nanti.
Thank you, boss!!! 

Kurma + Epal yg di beli kat Econsave ^^

p/s: Sesapa nak jumpa aku, sila la bayar bil 
kat Posmini Econsave, Jalan Reko tu ye.

Monday, June 16, 2014 - 0 comments

FLORIA Putrajaya 2014




Untuk melegakan hati yang lara, Papa pun ajak la ke
FLORIA Putrajaya 2014 ni yg berlangsung
pada 14th - 22nd Jun 2014 di Karnival Belia Putrajaya.
Haha. Xde la. Bukan untuk ubati hati yg kuciwa ni
tp Papa ngan Mama ni memang minat bunga2an. Kat rumah ni dah 
macam taman bunga dah! Okay, over. Xla taman bunga 
sangat, tp banyak la pokok bunga orkid 
yg menjadi keutamaannya..

So, kul 11 AM pagi bertolak la ke Karnival Belia Putrajaya ni
yang terletaknya kat Persint 4. Kalo korang xtau, 
ikut je ke arah Persint 4 then nak dekat tu de 
tanda anak panah nak g arah mana tp x besar la, 
kecik je cam orang cucuk kenduri kawin tu.

Sampai tu, parking nasib baik de. Kalau pegi hari 
minggu, confirm xde tempat nak parking.
AMARAN: Sila bawak payung dan air kalau pegi
tengah hari buta cam aku ni. (De gak mesin jual air merata tempat)
Oh ye, aku cam terjumpa sorang pak cik ni
cam kenal je. Mama kata pelakon. Nama memang xtau la.
Selalu berlakon jadi ayah2 gitu.

First2 masuk tu boleh la nampak pertandingan decorate 
taman antara Skolah2 menengah ngan bebudak U.
Kalau pegi ke belakang tu, de pameran taman 
antara company kerajaan such as MARDI.
Sangat cantik pameran2 tersebut tp cuaca tu yg 
panas terik sangat x membantu.









Ini kat MARDI. Dia wat guna plastik baja je sesuma tu.


Ini pulak guna botol plastik.











Lepas dah round amek gambar taman2, 
mula la projek membeli tanaman yg di namakan Orkid~ 
Memang menjadi x keruan la Mama ni. Kena di tahan
supaya x terlajak membeli. Nanti Papa marah sbb
dia yg kena jaga nanti. Hehe.






Dah kul 1.30 PM tu, Papa ajak g makan
kat area sebelah parking tu. Gerai dia dia tersangatlah luas.
Nak duduk mana2 pun suke ati korang la. Kipas
pun sorang satu meja, kau!
Aku ngan Mama order Bihun Sup, manakala
Papa Nasi Ayam. Sedap oo Bihun Sup dia. Panas menggelegak 
sampai lecur lidah aku nak perabis kuah dia. 
Pas makan kitorang pun balik la rumah.
Sampai rumah kul 3 PM.

Masa aku g tu xde la banyak pameran/show
cam cat show tu, tp de gak la nampak orang tu bawak 
turun kucing dari keta. Maybe petang2 or malam 
sket kot baru nak de.


Picture of the day!

p/s: Syoknya kalau dapat pegi ngan teman sehati sejiwa.
Tp kena de lagi sorang untuk amekkan gambar. LOL

- 0 comments

NO call.. Yet




Untuk yg interview orang tu still x call lagi,
agak sedikit kecewa di situ. Tp aku da prepare supaya
untuk tidak terus kecewa. Yang x seronoknya tu
nanti Papa akan continue dengan bebelan
untuk soh keje kat Econsave sebagai cashier.
Aku x nak!!!

Bukan sbb cashier tu keje yg lopek ke pe, 
tp maybe aku kurang keyakinan dan mungkin aku akan
menggelabah bila ramai customer yg akan ke counter
bayaran. Dekat Guardian tu pun aku da gelabah
jadi cashier, ni kan nak soh supermarket?
Dengan customer yg banyak pe'el lagi. *sigh*
Kalau soh aku jd cashier kedai buku, aku ON
sbb aku pun suka membaca. Mesti best~
Tp xde open lak kat MPH tu.

OK lah, sekadar melepaskan frustration di dalam hati.
Menulis memang terapi yg bagus untuk aku. 

Saturday, June 14, 2014 - 0 comments

Interview!




Semalam, setelah aku di beri call + mesej yang
aku perlu g interview kat Posmini Jalan Reko, aku
pun g la interview tersebut.




Memula tu, dia wat kul 2.15 PM tp Papa
call dia balik sebab nak tau tempat katne (walaupun da tau).
Then dia pun tukar waktu kepada kul 4 PM sbb
semalam ari Jumaat. Maknanya aku sorang je ke yg 
g interview ni? How about orang lain?

Lepas da ready tu, aku pun g la Posmini tersebut dan
berinterview dengan beliau. 

Dia soh bagi resume then dia kata 
"Oh, ni rasanya dah ada dah"
Dia pun cari la, aku tengok lelain resume banyak gile
orang anta! Cuak gak kalo x dapat ni.

Cam biasa, dia soh introduce diri sendiri.
Pas da cite pasal aku, dia tanya la keje Guardian
aritu nape benti? Aku cakap la sbb contract 3 bulan
then dia da xnak pakai da. Haha. (Bohong sunat pe salahnya)
Dia tanya x carik keje lain ke?
Of kos la aku carik tp just sekadar anta
resume tanpa di panggil interview.
Soalan seterusnya, dia tanya xnak sambung belajar ke?
Aku cakap, da try apply tp maybe pointer rendah
tu yang susah dapat kot. Dia pun berseloroh dengan 
berkata, "Salah amek kos, kot" sbb dia
pun amek Akaun gak dulu. 
LOL. Aku pun mengiyakan je la. 
Walaupun memang betul pun. Haha.

Pastu, dia kata nanti dia call arini (Sabtu) dan
kalo xde pape leh start arini Isnin ni untuk training!
Cool! Alhamdulillah.. Harap2 dapat la yek!

Orang yg interview ni cam ok sket dari 
orang yg interview aku kat Guardian dulu tu.
Orang tu cam tegas giler. Maybe dia orang HQ kot.
Yang ni dia memang manager kat sini.
Dan dia pun nampak cam baik je.

Oh, jawatan dia aku pun x sure.
Papa kata Pembantu Am/Kerani. Gaji RM900
OK la tu dari xde pape. Asalkan lepas
bayar MARA tiap bulan, sudah.