Sunday, August 31, 2014 - 0 comments

perSAndingan Alang & Kak Iz (23/8/2014)


Jadi pada hari keesokannya, hari Sabtu aku pun 
bagun dalam kul 7 AM untuk bersiap sedia sbb nak 
kena g awal letak barang2 prop atas meja.
Da siap2 tu, kul 10 AM, aku ngan Kakak g la Puri Buana.

Di pendekkan cite, majlis pun start la 
kul 11.30 AM pagi tu. Suma sedara mara pun da de kat situ. 
Kul 12 PM tu kitorg flustered sket sbb dapat tau
yg pengantin da nak sampai. WHAT!!??
Patutnya datang kul 12.30 t/hari. Da la orang2 marhaban 
x sampai lg. Agak cuak sket di situ la.
Tp kul 1 PM tu baru sampai atas sbb2 teknikal
yg aku x pasti. 

So, yg lain tgk je la gambar ye~

Effort malam sebelumnya TT





Penjaga candy corner

Candy corner

Tuan candy corner

With the fairies





Group marhaban




Mak cik yg hias tempat kek ni


Tetamu


Sesi bergambar~






The photographer

The cousins


Sian Kak Iz kena bengkok badan ^^

Our family

It's us!


EXTRA ME:




p/s: Sebelum start majlis tu, deorg datang tgk,
dia kata cantik kitorg hias~ (kembang)
Saturday, August 30, 2014 - 0 comments

preParatioNs beRsandiNg

Before bersanding kena la de preparations before 
the day of the persandingan, ye tak? 
Entry ni just nak tunjuk yg bahawa kitorg lah
yg bersusah payah untuk menghias tempat yg Alang 
pilih untuk persandingan beliau iaitu Puri Buana.

Pada hari Jumaat, iaitu b4 hari Alang nak bersanding tu,
aku mintak cuti walaupun dapat half day je.
Tu pun tpu cakap cousin dari kampung nak datang.
Kalau x, memang xkan dapat cuti!
Nasib baik Sabtu da mintak cuti awal2. *sigh*

Kul 1 PM tu, aku balik la rumah sbb abis half day aku.
Tp tetiba bos call soh dtg jap sbb nak soh bg duit kat polis.
Geram x geram gak la di situ kan. Tp aku ckp ye je.
Aku malas sbb ptg tu nak g Puri Buana tu
sbb nak siapakan hiasan kat pelamin dan sebagainya.

Kul 4 PM tu g Puri Buana tolong mak cik
pasangkan kain kat tempat nak bersanding tu. Pasang punya
pasang, da nak kul 5 PM dan aku perlu ke tempat keje.
Tp aku x g pun. Bos punya la call ber"round2".
Aku ckp aku ondaway. Padahal dok pegang lg kain tu.
Nak wat cane, org lain x sampai2 lg utk tolong.
Last2 aku bg mesej kat bos ckp yg aku dari KL rasa
cam x sempat je nak g Econsave balik.

Ok, sambung balik hal persiapan. Memang agak lama 
la pasang2 hiasan tu suma. Sampai kul 1 AM pun kitorg kat
situ lg. Melainkan org2 tua except Papa sbb dia 
kena tunggu utk lock store. 
Da nak kul 2 AM tu kitorg pun balik sbb nak 
wat prop utk photo booth kat umah je.







Gelap & malas nak edit.
Mak cik tengah siapkan tempat potong kek.

Lepas suma sedara mara da balik, aku ngan Kakak
sambung wat prop photo booth tu sampai kul 5 AM!
Memang tdo kejap je la. Sbb esoknya nak bangun awal.

Friday, August 29, 2014 - 0 comments

peRniKAhan Alang & Kak Iz (17/8/2014)

After a few weeks baru berkesempatan nak 
menulis pasal pernikahan Alang ni ha.
Almaklumlah, bz memanjang. Nak wat camno, Sabtu pun koje. 
Ahad lak nak rest main game. Tetiba da ari Isnin balik.
Penat weyh! Walaupun keje x seteruk mana.

So, majlis pernikahan ni berlangsung kat 
umah Kak Iz je kat Nilai. Aku ingat majlis start kul 11 AM, 
rupanya kul 10 AM kot nikahnya. Kelam kelibut sket 
di situ. Da sampai tu, salah benti umah lak sbb de kemah 
kahwin gak area tu. Da Alang benti situ, kitorg ikot je la benti sama.
Alang punya salah ye. Hehe.

Hantaran pihak lelaki~ Cantik, kan?
Untuk tempahan, leh call mak cik aku. LOL


cantik kan sirih ni~





Di pendekkan cite, selamat lah Alang di nikahkan 
bersama Kak Iz kul bape aku x sure tp hanya 
dengan sekali lafaz je. Alhamdulillah..






Mas kahwin

Rantai tangan



The hantaran
Pas dah nikah tu, diorg bg rumah rehat untuk 
datang balik nanti kul 12 t/hari. Pe org panggil tu, urmm..
Yeah, bersanding! Naik pelamin dan sebagainya.

Pas Alang da siap2 tu, kitorg pun bergerak la balik
ke sana sebagai rombongan nak bersanding. Ala, 5 minit
je pun jalan kaki. Tp di sebabkan kena pusing
satu area umah tu, agak jauh la gak. Dah la panas terik.
Nasib baik dekat je. 





Sibuk berselca sementara pengantin dok bersiap














With besan
Sesampai je, kitorg g makan then amek gambar 
ngan pengantin kat atas pelamin. 
(Malas nak cite pepanjang, cam la xtau proses dia cane)
 Dalam kul 3 PM kot kitorg pun balik~