Thursday, May 22, 2014 - 0 comments

Medan D4 - Last Day (T.T)


Hari yang terakhir di Medan. Harini adalah aktiviti bebas
sampailah check out kul 1 PM nanti!
Jadi, pas breakfast kat hotel, kul 9 AM Papa ajak g 
Istana Maimoon lagi sbb dia nak shopping t-shirts kat situ.
Biasala ole2 la katakan. Kitorang g situ jalan kaki je 
walaupun leh naik beca motor. Jalan kaki de la 
dalam 10-15 minit gitu. Sampai istana tu, Kakak sambung
amek gambar area istana tu yg x sempat di amek semalam.

Lepas da shopping tu, patah balik g hotel nak 
letak barang + kemas2 beg. Aku ngan Kakak da kemas 
dari semalam da. Aku xske kemas last minit. Then nak kul 10 AM
lebih tu Papa ajak lak g Mall kat sebelah hotel ni. 
Matahari x silap aku. Eh, jap bukan kot. Da confius ngan mall lagi satu. 
Pape je la kan. Medan Mall rasanya.

Kat situ, Papa nak bli jeruk pe tah. Kakak lak teringin 
nak makan kopok. Da bli suma tu, kitorang singgah la McD
untuk lunch sbb x di provide. Kitorang bli
lg sorang satu untuk tapau kat airport nanti.


Bill McD

Papa ngan Mama balik hotel dulu untuk kemas2 beg.
Kakak makan lambat sangat. Tupun share ngan aku. Burger
aku simpan untuk kat airport nanti. 
Da sampai kat lobi hotel tu, En. Anuar kata kena
check out awal sebab de rusuhan ondaway ke airport nanti.
Nanti dia call tiap2 bilik untuk turun awal.
Nasib baik tepat2 je sampai hotel.




Xde keje sementara tunggu Papa ngan Mama kuar bilik.
P/S: Pakai baju yg Kak Shani bagi.

Dalam tengah hari tu pas make sure da bagi kunci, 
kitorang pun bertolak la ke airport. Tiba2 je hujan. Best sebab
nanti sejuk. Kat bandar dia ni agak panas sket.

Ondaway ke airport tu En. Anuar pelik sebab highway
agak kosong x seperti selalu. Jem teruk! Masa tu gak nampak
banyak bas2 yang di parking dalam satu kawasan.
En. Anuar kata tu la bas orang rusuhan tu. Maybe sebab hujan, 
tu yang x jadi wat rusuhan tu. Alhamdulillah..

Jadi, sampai la kat airport tu awal nak mampos.
Pas da check in beg, kitorang makan la burger McD yg 
di beli tadi. Kang x sempat makan lak. Lagipun banyak lagi
masa untuk ke tempat departure iaitu selama 3 jam!
Nak wat pe pun x tau dah. Bilik air da g banyak kali.
Then makan kopok yg bli kat Mall tadi. Boring sangat dah tu.


Excited main touch screen flight schedule.

Mama yang x abis makan burger lg. Haha.

Nak kul 4 PM tu, g jalan ke departure hall.
Pas tunggu open gate, kitorang pun naik la kapal terbang~
Selesai suma2, maghrib solat kat Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang.
Dua kali pergi, dua kali tu gak la x berkesempatan nak masuk.
Sedih sungguh! Cantik dalam dia, tp xleh masuk.



Wee, dapat dok tepi tingkap lagi~


Cak!

Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang.

Sampai MARDI dalam kul 8 PM gitu then 
sampai Bangi kul 9 PM. Dinner KFC~

- 0 comments

Medan D3


Hello, tiba la masanya untuk hari ke-3 di Medan, Indonesia!
Hari ni kita akan ke err.. yang mengambil masa lagi beberapa jam.
Ondaway tu, de la melawat sana sini. Xyah la cite sebab
just lawat camtu2 je. Oh, sebelum check out dari Hotel Berastagi tu, 
Papa lupa nak bagi kunci hotel. Adeh, nasib baik x jauh lagi jalan.
Dan de gak lagi sorang tu lupa pulang kunci bilik. Haha.

Lepas lunch, seterusnya kitorang ke Masjid Raya (x salah aku) untuk 
jamak Zohor ngan Asar. Kat Masjid Raya ni, nak letak kasut 
pun kena bayar tau. Kalau korang xmo bayar, letak je kasut 
dalam beg korang. Tp cam x senonoh lak kan bawak 
kasut dalam masjid. Bagi je la duit yg korang mampu kat budak 
jaga kasut tu dapat gak pahala. Then kitorang ke Maimoon Palace 
yang letaknya dekat je kat Masjid Raya tersebut. 






Kat Maimoon Palace ni dia cite la sejarah Raja dan
keturunan yang aku agak x berminat nak mendengarnya. Haha.
Kat situ leh amek gambar dengan memakai baju Raja dan
Permaisuri yg boleh di sewa dengan harga only 10,000 rupiah.
yang bila di convert duit Malaysia, equal to RM 3!
Tersangatlah murahnya!

 Jadi, setelah Papa teringin sangat nak pakai, 
Mama pun decide la nak pakai gak. Hehe. Dua2 teringin
sbenarnya tu cuma takut x cukup masa je. Pas da
pakai baju tu, amek la gambar kat dalam istana tersebut.
Ramai yang memuji Papa kerana segak dalam
memakai baju raja tersebut. Da boleh di anggap raja betul da ni!

Before jadi Raja & Permaisuri 

Transformasi





Bersama semua orang

Da abis amek gambar dalam istana, Papa ajak
minum air kelapa kat dalam area istana tu gak. De gak
diorang jual baju2 t-shirt sebelah gerai ni. 

Dekat nak senja tu, kitorang balik la ke hotel yang di beri nama
Madani Hotel, Medan. Dekat je dengan Masjid dan Istana tu.
Nak jalan kaki pun boleh sebab depan hotel je kot!



Sesi pilih gambar yang amek kat istana tadi.

Malam seperti biasa, xde aktiviti aku pun tdo awal
sebab sakit kepala yang amat sangat!

- 0 comments

Medan D2


Day 2, Medan, Indonesia.
Arini pas da breakfast kat hotel, kitorang akan bertolak ke 
Berastagi yg akan mengambil masa lagi 4 jam!


Jom gerak~ Hujan la pulak!

Da sampai tu, naik bot untuk ke perkampungan tersebut.
De la dalam 30 minit rasanya naik bot tersebut.
Atas bot tu de la 3 orang budak ni wat show nyanyi sket.
Bagus tol. Kecik2 da pandai wat duit. Yang klaka tu, pas abis
show diorang n da dapat duit sumbangan ikhlas, diorang trus kira hasil
kutipan diorg kat atas bot tu gak. LOL. Terang2an.






Live show oleh bebudak ni. Yang tengah tu je yang nyanyi.

Untuk sampai ke Stone Chair tu, kena lalu
depan kedai2 yang menjual baju2, kraftangan, magnet
dan lain2 yg diorg leh jual. (Baru teringat, Kampung orang Batak!)
Kat area sini tourist guide tu kata, kebanyakkan
diorang adalah orang Kristian berbanding kat
kawasan Medan. Kat perkampungan Medan tu, boleh diakatakan
90% adalah orang Islam. So, bila lalu kat jalan tu,
every 2-3 KM confirm de masjid. De la lebih 10
buah masjid yang aku kira.

Berbalik kepada Stone Chair di Kampung Batak tadi.
Yang istimewanya tempat ni adalah nak tunjuk
yang Stone Chair ni tempat Raja wat mesyuarat dengan menteri2
kalau contohnya, de orang mencuri. So, diorg bermesyuarat
kat sini untuk decide hukuman pe yg patut bagi kat
pencuri tersebut. Lebih kurang camtu la.
Then si tourist guide yg di beri nama En. Anuar tu melakonkan
camna hukuman pancung di lakukan kat situ.


Stone Chair
Kat blakang Stone Chair tu orang yang bersalah akan
di kurung kat situ untuk bagi semua orang tengok.

Rumah untuk orang lelaki teruna berbeza dengan anak dara.




Kalendar orang batak dulu2

Long story short, lepas da lunch, kitorang meneruskan perjalan
ke Air Terjun Sipiso-piso! Satu lagi tempat yang
cantik untuk di lawati kalau korang ke Medan ni.
Masa kitorang g sini ramai giler bebudak skolah. Aku pun x pasti
sama ada lawatan skolah atau saje2 datang nak merendek.
Kalau korang rajin, korang boleh gak jalan ke air terjun ni
tp agak jauh sbb kena turun bukit.






Sebelum balik ke hotel, singgah g pasar pe tah.
Aku x turun sebab da penat sangat. Kat situ de kuda jadi
banyak jugak taik kuda kat situ. Lagi la aku malas nak turun!
Manghrib tu, gerak la ke Hotel Horison Berastagi.
Hotel ni pun best gak. Aku dapat bilik yang perlu aku
naik keta yang cam orang main golf naik tu.
Tp agak payah sebab nak kena call orang tu baru leh naik.
Nak jalan kaki pun boleh sebenarnya. 3 Minit sampai.




Pas dinner kat hotel, tdo la pe lagi sbb
lagi sekali, malam xde pape aktiviti. Kat sini pun sejuk gak.
En. Anuar kata, hotel kat area sini memang
x guna air-cond pun!

- 0 comments

Medan D1

Sori, sori dan sori sebab lambat sangat update
pasal perjalanan aku g Medan ni. Bukannya pe, Kakak aku
x bagi2 lg gambar. Last2 guna je gambar yg aku tangkap
sendiri + ihsan dari iPad Mama n phone Papa. Haha.
Sori la kalo gambar kurang menarik.

Jadi aritu aku bertolak dari rumah dalam kul 4 AM 
sebab nak kena g MARDI dulu untuk naik bas. Parking keta
pun kat situ gak la. Senang. Xyah nak soh
orang amek n hantar. Lepas dah pasti suma orang da de,
bas pun bertolak ke KLIA 2 (Aku baru tau wujud KLIA yg ke-2)
diorg kata memang baru bukak aritu. Agaknyala.

Muka excited naik bas. LOL

Bertolak dari MARDI

Lepas da simpan bagasi, kitorg pun menuju ke surau sbb
da kul 6 AM da masa tu. Tanya surau kat pekerja tu,
dia pun x pasti sbb dia first day kat situ. LOL.
Tp dia kata soh solat kat area departure tu sbb nak jalan ke sana
sangatlah jauh. Memang jauh pun! De la dalam setengah jam.
Seriusly!!! Penat gle kot jalan. De gak yg leh naik cam keta tu,
cuma tu maybe utk org yg bawak hand luggage je kot.
X pun diorg xde banyak benda alah tu sbb baru lagi la katekan.


Surau dia agak luas jugak

Sampai kat tempat departure tu dalam kul 7.30 AM.
Lama gler tunggu nak open gate. Delay lak tu gate nak open.
Dari kul 8.05 AM-8.30 AM baru la boleh naik.
Perjalanan nak ke Airport Kualanamu mengambil
masa dalam sejam je. Aku ingatkan 2 jam.


 

Tunggu gate nak bukak


Lets's flight~ Dapat dok tepi tingkap!

Sampai je kat Airport, pas da amek beg suma,
naikla bas untuk ke Medan yg mengambil masa selama
jap, berapa lama ek? 6 jam kot. Lame gle kot! tp
bagos gak leh la nak tdo sbb tak tdo pun ari sebelumnya tu.
Ondaway tu, singgah makan kat Rumah Makan Simpang Tiga.
Masa tu dalam kul 11.30 AM waktu tempatan.
Kalau waktu Malaysia, kul 12.30 PM.






Lepas da makan lunch tu, sambung la perjalanan ke Lake Toba.
Masa da kat area hotel tu, benti untuk naik bas khas
untuk ke hotel. Jalan nak ke hotel tu agak
berlekuk-lekuk dan x rata sket. Macam jalan khas untuk
4 wheel drive je. Agak terhenjut2 gak la naik tu.
Seram kot. Da la lalu sebelah gaung. Pintu lak x ditutup.
Naik roler coaster pun x cuak camni.

Kul 4.30 PM tu sampai la jugak ke
Patra Jasa, Parapat Lake Resort. Dan mulalah sesi
mengambil gambar pemandangan. Yang syoknya hotel ni,
walaupun hotel da agak lama, tapi pemandangan dia
sangat cantik! Untung gile family aku dapat bilik tingkat bawah.
Senang nak amek gambar scenery. Sejuk dan nyaman je cuaca dia.
Lagi sejuk dari Cameron.





Waktu senja di Lake Toba

Lepas da mandi, g dinner kat hotel. Malam aktiviti bebas
tp di sebabkan xde tempat nak g sbb di kelilingi bukit dan hutan,
so, tdo la jawabnya. Awal kot aku tdo. Letih gle.