Yay~ arini g wat baju kawin.
Bukan baju kawin utk aku kawin,
tp baju kawin utk Alang kawin. Pe org panggil tu?
Ha, baju untuk resepsi!
Yep, baju yg bli masa kat Jakel aritu la.
So, Selasa aritu mama ajak g wat baju kat
dzul de classique. (Betul ke aku eja ni?) kat Kajang tu je.
Lepas da tunggu kakak balik dari keje kitorg
pun g la sana dlm kul 8.30PM.
Napa malam? Mama kata tukang ukur tu de
dari 3PM - 10PM. Lgpun nak tunggu kakak balik keje.
Tu yg g malam tu..
Masa sampai tu cam xtau nak wat pe sbb 1st time
tempah g situ. Tu pun sbb mak cik cakap
dia slalu tempah situ dan sedap bila pakai baju yg di tempah.
Malam tu agak ramai gak customer.
Sebelum kitorg de sorg customer. Pas mama tengah ukur baju,
ramai lak yg datang tp kebanyakkannya nak amek baju je la.
De sorg mak cik ni datang amik baju skali 4 kot!
Tu pon de lg 2 yg x siap lg. Wow!
Kagum sungguh dengan staff kat situ.
Bila turn aku lak, dalam pale otak aku ni da dok
bayang da baju cana nak wat. Memula tu nak wat cam kain yg
ala2 wave tu tp baju dia nak kena wat baju moden.
Bukan aku x penah pakai baju moden sebelum ni
tp confirm next nak pakai agak ketat sket.
Lgpun tanpa next pakai pun cam agak ketat
dan confirm nampak segala susuk
tubuh lg2 bila nak duduk tu yg agak mencabar sket
sbb perutku yg buncit ni. Hahaha.
So, 2nd option aku adalah nak wat jubah
atau gown. So, aku tunjuk kat akak
tu gambar dlm majalah pengantin tp dia kata x cukup kain sbb
yg aku nak tu adalah 7 meter tp aku de 5 meter je.
Sedih sungguh! Xpe2. Then aku nampak baju2 contoh
yg gantung dlm butik tersebut yg ala2 gown tu.
Akak tu kata kalo nak wat cani
boleh *sambil tunjuk baju contoh tersebut*
(sebelum tu aku da memang nak yg cani pun)
Trus je aku kata, "Ha, yg macam ni la!~"
Lepas da decide nak yg tu, trus la dia mengukur
segala yg perlu dan x perlu la aku nak cite
satu persatu tiap centimeter pada
badan aku yg di perlukan utk wat baju tersebut.
Lgpun masa ni aku x makan dengan normal slama seminggu,
jd mungkin tang perut tu agak kecik dan x buncit. Perasan!
Sbb aku de amik gambar ukuran tu.
Well, secara curi2 of kos. Lepas aku da siap turn kakak lak.
Dia pun nak wat dlm majalah tu tp x cukup kain.
Last2 dia mengalah wat kurung moden je senang sbb
dia x suka sangat nak wat gown2 ni.
Rasanyalah. Xpun dia xnak sepesen ngan aku.
Ingat nak wat baju cam dalam majalah tu tp x cukup lak.. |
Total baju aku RM200 + RM100 sbb last minit
aku cakap kat akak tu aku nak
manik kat bahagian dada. Alang2 kot.
Plain sangat pun cam x best gak. Lg2 mama da
bagi green light. Aku OK jew~
Basically, satu baju kurung RM200 la kot yg kalo
nak glamer2 tu. Tp kalo baju kurung biasa
maybe dalam RM100 je kot.
Akak tu kata 30/4 datang fitting tengok.
Aku ingat datang amek trus sbb da siap. Agak terkejut
gak la di situ sbb sebulan je kot da siap.
Wa~ excitednya!!!
p/s: Aku dengar costumer sblm ni tanya
boleh anta sampai bila untuk tempah baju hari raya?
Then akak tu kata sampai bulan 5.
So, sesapa nak tempah sila la g cepat ye~
Outlet Kajang!