Monday, September 22, 2014 - 0 comments

doWN




Untuk tajuk entry kali ni aku x tau nak letak tajuk pe. Aku letak 
'down' sebab mungkin perasaan aku tengah 
down kot sekarang ni. Sebab apa? Arini aku telah 
meng"decide"kan diri ini untuk tidak hadirkan diri ke ofis. Yup!
Dan ia bermakna aku xnak keje kat BDSB tu lagi.

Sebab? Aku pun x sure sbb utama aku xnak 
keje situ lg. Mungkin atas alasan keje tu x sesuai ngan
aku atau persekitaraan tempat keje tu atau ofis tu sendiri
atau kesemuanya sekali. Dan mungkin juga aku kena pergi site 
sorg diri dan sbginya. Tp bila da fikir masak2, mungkin juga 
disebabkan aku x suka wat akaun.

So, aku just masuk 3 hari je iaitu minggu lepas,
lepas Hari Malaysia tu. Selama 3 hari tu gak aku xde keje
nak wat sbb aku xtau nak wat pape. Xde sape yg 
nak ajar aku wat benda2 akaun ni. Selama 3 hari tu gak
aku menghadap fail yg satu pun aku x faham.
Selama 3 hari tu, aku berjaya menghabiskan 2 buah buku novel!
Kalau internet de, leh gak aku meng"surf"ingkan diri
kat Youtube. Banyak gak nak kena 
catch up kat KBS tu. LOL.

Orang tu kata de org yg akan datang ajar cane nak wat.
Tp da tunggu 3 hari xde pun org ajar. Sampaikan kalau hari Sabtu 
nak datang ajar, aku boleh je datang. Tp xde pape berita pun cakap 
nak soh datang ofis ke ape ke. Aku pun fade up dan 
trus xnak dtg keje da. Tu salah satu alasan la kot. Bila dia 
kata just aku je yg handle akaun pejabat, aku agak panik di situ. 
Dan itu mungkin lagi satu alasan kukuh yg buat 
untuk tidak hadirkan diri ke ofis untuk selama2nya.

Pagi tadi Papa kejut banyak kali tp aku still
atas katil. Bila Papa tanya "xnak g keje ke?" Aku pun sekadar
mengaggukkan kepala still atas katil tengah baring.
Mama pun datang dengan ceramah yg panjang lebar
sampaikan nama Nani ngan Kak Shima pun terbabit. Adeh!
Masa tu still aku tengah baring tp sambil mengeluarkan air mata.
Masa tu nak je aku cakap sbb aku nak benti bukan pasal xde
keje nak wat atau xde orang yg nak mengajar, tp aku x suka akaun!!!
Dan begitulah cara aku mengeluarkan perasaan aku
dengan linangan air mata. Dan juga menulis dalam blog ni.
(Ni yg xsuka nak menangis ni, confirm sakit kepala)

Ye, aku tau belum cuba, belum tau. Tp aku ingat de la lg orang 
sebelum tu keje kat situ, tp rupanya da xde da. In fact, de 3 orang je 
kat ofis tu. Iaitu aku, akak tu dan bos. What the..?? 
Ofis bukan main besar. Akak tu kata yg lain selalu g site, 
tp x pernah lak aku tengok balik ofis. De la sorg tu balik 
tapi itu je la pun. Punch card pun de 4 keping je.

Reason akak Akaun dulu tu benti sbb xde projek
masuk. Da 4 bulan xde projek, tu yg diorg belah tu. 
X pepasal je x yah datang keje selama 4 bulan tu. Xde gaji OK!
Kalau de gaji xde la akak tu blah. Banyak kot gaji dia.


Sekarang baru 8.30 AM, de lagi 30 minit
waktu ofis nak bermula.Sekarang ni aku doa banyak2
yg akak tu x marah kalau aku x datang keje arini dan wat
selama2nya. Sbb tu aku xsuka rapat2 ngan orang yg baru kenal,
ianya membuatkan aku rasa serba salah je.

Oh, ye. Lagi satu, nasib baik aku x sign kontrak lg.
Tu yang aku cakap kat Papa, baik aku decide dulu sebelum
sign kontrak. Tu la kak, lain kali soh la saya sign kontrak
awal2, kan da xleh nak wat pape. Cakap lg kat saya soh blah je
bila xde sign pape masa saya keje kat Pos Mini tu.
Kan da kena kat batang hidung tu balik.

Sebenarnya kan, masa diorg tanya pasal Pos Mini 
tu, cam "Xpe ke tempat keje dulu tu tinggal camtu je?" 
Masa tu aku sekadar mengagguk je. Dan En. bos tu pun tersenyum je. 
Muka dia menunjukkan yg "See, I told you!". Tp dalam hati aku berkata,
"Jangan sampai saya wat camtu kat En. da la ye"

p/s: Ramai org kata, ikut kata hati, wat pe yg 
kita nak wat. Tp ramai jugak orang cakap jangan ikutkan hati 
tu sangat. Esok merana diri. So, what should I do?

Sunday, September 14, 2014 - 0 comments

LAst daY



Jadi semalam adalah hari terakhir aku keje kat 
Pos Mini Econsave Jalan Reko tersebut.
Pengganti? Dah de la kot. Budak terakhir yg 
aku train bernama Jannah. 19 tahun.
Bila tengok resume dia, banyak gak pengalaman keje 
yg dia de. Dia budak poli amek kulinari.

Last keje dia adalah tukang jahit kat Fareeda Seksyen 8 tu.
Sebab dia nak benti keje tu adalah sbb2 yg 
sama aku benti kat Guardian. In fact, 100% lagi teruk!
Tsk, tsk, tsk..

Ari Jumaat tu dia datang sejam je sbb
ayah dia yg anta. So, xde transport la kot. Ari Sabtu
dia full. Aku pun ajar la pe yg patut. 
Bagi aku, dia sangat OK. X banyak songeh dan baik
Macam aku. LOL.

Harap2 dia boleh keje lama la kat situ. Ala, lagipun da sain surat da.
Bila aku jeling surat tu masa kemas2 meja En. Sham dia tulis, 
training sebulan, nak benti pun kena bagi notis sebulan. 
Well, masa aku aritu dia just tulis training seminggu. 
Pasal notis sebulan tu xde pun. Bukan salah aku ye 
kalau aku nak bg notis seminggu gak.

Da nak balik tu En. Sham bagi aku hadiah.
Tara~~ Cuba teka?


So, aku harap kat tempat baru nanti aku boleh
wat dan catch up pe yg patut. Amiiinn..
Wednesday, September 10, 2014 - 1 comments

OMG



Oh, no! Budak Mas tu xdatang keje arini!!!
Otokhae? Pagi tu aku mesej En. Sham cakap Mas
x datang keje  arini then dia suruh call budak2 yg antar resume
tu dan datnag interview kul 12 PM kang.

Da kul 12 PM tu, de la 2 orang yg datang interview.
Pastu petang tu En. Sham cakap budak yg jaga
childcare kat sebelah tu nak datang training.
Beliau di panggil Bee/Bi aku pun x pasti cane nak eja.

Kul 2 PM tu dia pun datang la tengok
cara2 nak amek bayaran bil. Da kul 5 PM tu, aku pun
suruh dia amek bayaran bil sbb selalu petang 
memang x ramai orang pun. Masa dia wat tu amat
frust gak r tengok dia wat. Lambat sesangat2! 
Nasib baik la orang yg bayar tu sabar menunggu.
Dia faham la tu kot. 

 Ngan Bee ni pun aku cam x ngam sangat. 
Maksud aku cam nak ajak beborak ke.. 
Yg aku tau dia de anak je. Yg lain pasal dia aku x tau.
Agak terdetik di hati ni yg harap dia x datang esok.
Dia asik tengok jam je kejenya. Pastu asik dok belek hanset je.
X amek perhatian langsung.
Memang masa balik tu aku just tunjuk je 
dengan cana nak print report. X suruh pun dia tulis pape.
Soalan dia suma tanya bila boleh balik.
Arghh, tensi aku!!!

Monday, September 8, 2014 - 0 comments

Glad ^^



Glad. Itu lah tajuk entry utk arini. Glad pe ek dalam BM?
Sat, google sat. Yup, lega! Lega sbb arini masa datang keje tu
aku nampak iklan jawatan kosong kat Pos Mini tu.
So, maknanya En. Sham dapat la mesej aku tu.

Dia kata dia letak ari Sabtu then Ahad dia interview.
Tp xde calon yg sesuai lg. Dan berkali2 dia bebel
kat aku yg xde orang bg notis seminggu. Di sebabkan
aku xnk bangkitkan hal xde issue letter tu, 
aku abaikan je la sambil tersenyum.

Tadi pun de 2-3 org interview. Yg sorg tu pagi dia interview,
petang dia kata leh start training. So, kul 2 PM
tu aku tunggu dia datang. Dia da datang tu, aku tunjuk 
la cara2 bila orang nak bayar bil dan sebagainya.
Secara rawak je. Tp kul 5 PM tu dia stat wat sket2.

Dia kata lg dia agak nervous. Nasib baik xde wat
salah pape masa scan bil tu. Aku pun da gak lemau da masa
tu sebenarnya. Xde energy yg tinggal 
sbb gler ramai orang yg bayar bil arini! Arini aku 
rasa pecah rekod banding dengan yg biasa bila time gaji.

Setakat ni dia OK. Senang tangkap bila di ajar.
Practice makes perfect bak kata orang.
Harap2 En. Sham amek je dia terus dan dia pun 
nak keje kat situ lama. Xyah aku nak mengajar orang baru. 
Tp yg risau tu anak pak cik Omar nak keje situ 
gak tp dia de kat kampung. Rabu baru balik katanya. 
Ah, lantak la kan. Asik risau pasal orang je aku ni. 
Diri sendiri x pk lak.

Oh, lupa nak kenalkan budak tu. Dia soh panggil Mas.
21 thn. Abis belajar diploma dalam bidang kejururawatan.
Pernah keje kat klinik gigi. Pe lg ek. Hmm..
Dia akan kawin taon depan bulan 5. Suami dia umo 36 thn.
OK. Stop. Xmau cite part tu. Sesuka ati aku je kan
cite pasal personal orang. Itu je la kot.

Kita tengok je la esok cam mana. Fighting!

Sunday, September 7, 2014 - 0 comments

daLAm Dilemma


Well, semalam aku de g satu interview ni.
Cite dia start cenggini. 2 minggu yg lalu, de satu 
company ni call aku soh anta resume. Aku pun
x sure dia dapat mana no aku ni sbb
masa tu aku bz layan costumer sampaikan
cam x amek kisah sangat pasal caller tu.
Yg aku tau dia soh anta resume kat Bumi Dagang.
Aku cam penah dengar pasal company tu tp 
bila aku search, xde pape lak kat tenet.

Pas da nak dekat seminggu tu baru aku anta 
resume aku kat company tersebut. Esoknya dia pun call.
Tp aku x angkat sbb masa tu aku tgh keje.
Sampai malam tu pun dia asik call alu.

Esok pagi baru aku konon miss call dia la then dia 
call balik guna no. ofis. Dia pun ckp la pasal nak interview 
suma then cakap kalau boleh nak start ASAP 
lebih tepat lagi dlm masa seminggu!
Aku ckp kena tanya bos dulu sbb kena bg notis sebulan.

So, dipendekkan cite, Sabtu aritu kul 10 AM aku g 
interview kat Restoran Lengkuas sbb bos tu dok
kat seksyen 7 tu je. Then bos tu datang ngan
isteri dia sbb isteri dia pun keje situ gak. 
Masa interview tu aku rasa aku sorg je yg buat benda ni.
Aku telah menangis! 

Sbbnya bos tu cakap la yg aku x perlu nak jaga
sangat hati bos aku skarang ni sampai 
nak kena bg sebulan notis. Lgpun dia x bg offer letter
dan sebagainya, Ikut law, aku boleh je blah trus.
Da la keje xsampai 3 bulan lg. 
Ye, aku tau tu. Tp kesian la org tu terkontang kanting
kena cari org ganti aku. Agak rasa bersalah la gak.
Kalau boleh memang aku nak trus 
blah je tp di sebbkn perikemanusiaan tu still de.
Dan berulang kali gak dia kata, "Saya bukan nak hasut awak bla, bla.."
Da dia cakap camtu, memang lg menghasut la namanya tu.

Dia pun tanya kat aku, "Nape nangis?"
Aku cakap la aku dalam dilema xtau nak wat pe.
Aku pun tau ni je peluang yg aku de utk keje tetap.
Tp seminggu!? Kekadang tu hati aku cam x bersedia
lg pun de. Aku cam takut nak stat wat akaun.
Masa dia tanya aku pasal akaun pun aku cam blur gle.
Xtau nak cakap pe. Nak cakap da lupa, confirm 
dia xleh nak terima kenyataan tersebut.
 Da la dia kata aku sorg je yg akan buat akaun kat situ.
Memang naye la kan. Aku takut wat silap je.
Bila dia tgk result aku pun cam frust semacam je.
Xnak cakap xnak! Senang  cite.

Dalam kul 10.30 AM tu interview pun habis.
X pepasal je jumpa Papa dengan ter esak2. Papa pun cam
tanya la nape suma. Papa pun faham perasaan aku.
Dia pun xtau nak wat pe dah.

Pastu aku ajak Papa g tgk tempat keje tu.
Sesaje je. Sekadar nak tenangkan diri yg tengah menangis ni.
Nanti Mama lg la nak tanya memacam. Aku ni jenis
yg malas nak cite 2 kali. Biar Papa je la yg citekan.

Jadi, aku ngan Papa cari la ofis tu katne.
Berdasarkan alamat kat tenet, ianya terletak di Sri Kembangan.
Lebih kurang kat South City Plaza tu je.
Cuma pepagi tu jem la kat area tersebut kan.

Cari punya cari, jumpa la bangunan tu. Area deretan
kedai2. Tp kena naik lif. Lot tu dah jumpa
tp ofis tu x jumpa lg. Sbb bila kitorg naik lif,
xde sign board kat mana2 pintu pun.
Xpelah nanti aku tanya balik tingkat bape ofis dia.


Ni je yg aku jumpa tingkat bawah tu

Balik tu, aku nekad dan pada kul 5 PM tu aku
anta mesej kat En. Sham yg aku akan benti dalam 
masa seminggu sbb org tu nak aku 17 hb ni. 
Pas hari Malaysia. Part tu aku xgtau la En. Sham.
Dan sampai sekarang mesej tu x ber"reply".
Kita tunggu je la jawapannya hari Isnin nanti. Doakan aku ye~
Amiiinnnn..

Sunday, August 31, 2014 - 0 comments

perSAndingan Alang & Kak Iz (23/8/2014)


Jadi pada hari keesokannya, hari Sabtu aku pun 
bagun dalam kul 7 AM untuk bersiap sedia sbb nak 
kena g awal letak barang2 prop atas meja.
Da siap2 tu, kul 10 AM, aku ngan Kakak g la Puri Buana.

Di pendekkan cite, majlis pun start la 
kul 11.30 AM pagi tu. Suma sedara mara pun da de kat situ. 
Kul 12 PM tu kitorg flustered sket sbb dapat tau
yg pengantin da nak sampai. WHAT!!??
Patutnya datang kul 12.30 t/hari. Da la orang2 marhaban 
x sampai lg. Agak cuak sket di situ la.
Tp kul 1 PM tu baru sampai atas sbb2 teknikal
yg aku x pasti. 

So, yg lain tgk je la gambar ye~

Effort malam sebelumnya TT





Penjaga candy corner

Candy corner

Tuan candy corner

With the fairies





Group marhaban




Mak cik yg hias tempat kek ni


Tetamu


Sesi bergambar~






The photographer

The cousins


Sian Kak Iz kena bengkok badan ^^

Our family

It's us!


EXTRA ME:




p/s: Sebelum start majlis tu, deorg datang tgk,
dia kata cantik kitorg hias~ (kembang)
Saturday, August 30, 2014 - 0 comments

preParatioNs beRsandiNg

Before bersanding kena la de preparations before 
the day of the persandingan, ye tak? 
Entry ni just nak tunjuk yg bahawa kitorg lah
yg bersusah payah untuk menghias tempat yg Alang 
pilih untuk persandingan beliau iaitu Puri Buana.

Pada hari Jumaat, iaitu b4 hari Alang nak bersanding tu,
aku mintak cuti walaupun dapat half day je.
Tu pun tpu cakap cousin dari kampung nak datang.
Kalau x, memang xkan dapat cuti!
Nasib baik Sabtu da mintak cuti awal2. *sigh*

Kul 1 PM tu, aku balik la rumah sbb abis half day aku.
Tp tetiba bos call soh dtg jap sbb nak soh bg duit kat polis.
Geram x geram gak la di situ kan. Tp aku ckp ye je.
Aku malas sbb ptg tu nak g Puri Buana tu
sbb nak siapakan hiasan kat pelamin dan sebagainya.

Kul 4 PM tu g Puri Buana tolong mak cik
pasangkan kain kat tempat nak bersanding tu. Pasang punya
pasang, da nak kul 5 PM dan aku perlu ke tempat keje.
Tp aku x g pun. Bos punya la call ber"round2".
Aku ckp aku ondaway. Padahal dok pegang lg kain tu.
Nak wat cane, org lain x sampai2 lg utk tolong.
Last2 aku bg mesej kat bos ckp yg aku dari KL rasa
cam x sempat je nak g Econsave balik.

Ok, sambung balik hal persiapan. Memang agak lama 
la pasang2 hiasan tu suma. Sampai kul 1 AM pun kitorg kat
situ lg. Melainkan org2 tua except Papa sbb dia 
kena tunggu utk lock store. 
Da nak kul 2 AM tu kitorg pun balik sbb nak 
wat prop utk photo booth kat umah je.







Gelap & malas nak edit.
Mak cik tengah siapkan tempat potong kek.

Lepas suma sedara mara da balik, aku ngan Kakak
sambung wat prop photo booth tu sampai kul 5 AM!
Memang tdo kejap je la. Sbb esoknya nak bangun awal.