Monday, April 29, 2013 - 0 comments

SaN franCisCo

woo~ terkejut lak kan tajuk SAN FRANCISCO
sejak bila la kan aku g san francisco ni?
sebenarnya untuk jalan2 cari makan kali ni,
kitorg sekeluarga makan kat Pizza San Francisco 
yg kat seksyen 8 tu ha!

walaupon nama pizza, tp dia de
Western dan Italian juga

di pendekkan cita, sbb aku da ngantok
sangat da ni..
sila just rujuk gambar di bawah:









Mushroom Chicken
air Orange+Carrot
sampingan
makanan kat sini agak berbaloi la kot
ngan kuantiti dia
tp yg x best nya tu, di sebabkan kitorg
duduk bawah air cond, suma 
makanan ni da menjadi sejuk dan 
x berapa nak sedap..
haha

p/s: aku just ingat nama makanan yg aku order je
yg len, aku x tau..huhu
Saturday, April 27, 2013 - 2 comments

kWSp

setelah lama tertangguh nak wat KWSP 
dan lepas da kene bebel ngan boss,
akhirnya aku pon g la wat KWSP kat 
Jalan Reko tu je ha..
masa first time g tu, 
serius aku xtau nak kena bawak pe
tp lepas da wat research tu, 
dia just soh bawak IC je
aku pun lenggang kangkung bawak IC je 
tp bawak ngan photostat IC gak
mana tau dia nak gak ke kan..

pastu, da sampai tu, nak amek no giliran
dia kata sistem down, kena guna isi borang
then akan dapat no tu seminngu kemudian
pas aku da isi tu, aku cakap kat mama
baik tunggu 2-3 hari lg
kalo x kena tunggu seminggu

so, 2-3 hari kemudian aku pon g la 
lg banggunan KWSP tersebut
memula malas gila sbb aku shift petang aritu
malas nak bangun awal
tp lepas da kena pujuk ngan mama,
dia kata "jom la pegi, nnti ari Isnin leh 
wat benda lain lak..cam g pesta buku ke.."
dengar je nak g pesta buku tu, aku pon berfikir,
kalo mama x ajak g, aku g sesorg naik 
segala pengangkutan awam yg ada
balik, leh balik ngan kakak

so, aku pon g je la dengan segala
doa yg aku pelajari agar segala berjalan dengan lancar,
aku pon masuk dan amik no giliran
nasib baik no aku seterusnya
dan org pon x ramai sangat macam aku g aritu

masa no aku di panggil, dia just mintak IC
dan 5 minit kemudian, siap!
serius terkejut giler..
papa pon x sempat cari parking
then trus amik kat depan KWSP


Thursday, April 25, 2013 - 0 comments

woRkinG LiVE

masuk arini, genap la 2 minggu aku bekerja..
kejap je da 2 minggu kan?
kesimpulannya, dia x penat tp mengantuk
sbb maybe keje shift kot

dalam masa 2 minggu ni banyak 
yg dapat di pelajari
dan banyak gak yg aku wat silap..
haha
biasa la, kata training..
tp aku takut gak bila nak transfer ke tempat baru
(well, padahal memang aku kat 
situ pn originalitinya)
ye r, nak kena kenal org baru lg,
perangai masing2 lg..

lgpon byk yg aku dengar,
manager kat Seksyen 3 tu, iaitu Kak Mona,
agak cerewet sangat!
kalo takat just pot pet pot pet je xpe,
tp kalo dia wat muka skali yg payah tu!

pe la nasib aku agaknye nnti 
kat Seksyen 3 tu ye?
Thursday, April 11, 2013 - 2 comments

1st Day..


wah, berakhir juga kerja first day aku arini..
giler penat!
padahal berdiri je tengok org lalu-lalang
itu yg wat lagi aku penat tu
bukan badan yg penat tp kaki yg penat
sakit giler kaki aku ni
kalo bg keje xpe, penat aku tawaf satu kedai
dia kata, utk arini, tgk dulu produk2 yg de
nanti senang kalo de org tanya

pastu arini gak aku blaja menjadi cashier!
haha
benda yg paling aku takut skali nk wat
nasib baik de sorg budak ni nama Nabila
org panggil dia, Bella
da kawin you! baru 20 taon~ de anak lagi!

dia je la yg cam baik sket nak 
melayan org baru cam aku ni..
org len xde pon nak bertegur sapa
da r aku jenis pemalu orgnye..hehe

suma benda yg aku x tau or kalo 
de org tanya benda yg 
aku x pernah dengar dan x tau lokasi, 
Bella ni la yg aku panggil
thanks ye for today!
dia keje full shift lak arini
sian lak kan

dia ni pun baru keje 3 bulan je
tp cam da pakar lak bila aku tengok 
dia wat keje..
*tetiba mood bergosip*
Bella kate, de sorg tu, yg aku x nk mention nama
dia da keje 2 taon da tp location barang
pon dia x tau lg..
pastu asik kuar je g merayap mana tah

arini gak aku dapat kunci kedai tersebut
bakal manager la katakan, mesti la kena pegang kunci!
hahaha (gelak yg berlagak)

sebelum g keje

jadual keje staff *aku yg bawah skali tu, ganti sapenye jadual tah*

p/s: masa aku jaga cashier tu, akak
manager yg di panggil Kak Mai menegur aku,
"Cuba senyum sket, Dila oi!"

Wednesday, April 10, 2013 - 0 comments

Interview : The results



tunggu punya tunggu, call gak Kak Mona 
tu pada kul 5 PM..
aku pun da naik mengantuk da

so, dia kata leh start esok kat Warta
kul 9 AM sbb Guardian tu bukak kul 10 AM
masa esok nanti, dia soh jumoa Pn. ke akak 
ke aku x sure, tp nama dia Maizatul
dan dia suh aku pakai kemeja putih, sluar 
slack dan berkasut

malam ni punya la kalut cari benda2 tu,
kalo de pon confirm x muat!!
haha

jadi, aku bodek la mama
soh bwk aku g Warta utk bershopping~
tu la, masa kat Alamanda xmo nak beli..
nak wat cane, da org tu kata nak call kul 2 PM
tp kul 5 PM td baru call
kalo x, mesti sempat nak prepare suma tu!

p/s: finally, I'm working!!
Ya Allah, permudahkanlah segalanyanya..
Amiiinn..
- 0 comments

Interview P2

so, pada arini aku pun bangun la kul 9 AM
sbb papa nak ajak breakfast trus kat area tu
pe yg papa order ntah, tp agak sedap dan menarik
gak makanan tersebut


da nak 10.15 AM tu, aku pn g la Guardian tu..
ala, dekat je kot
nasib baik la de parking kat depan tu
lepas da tarik nafas dalam2, aku pun 
trus masuk menuju ke kaunter pharmacy
sbb mmg slalu ofis dia kat blakang tu je pun

aku pun cakap la "Saya datang nak interview"
then dia tanya nama aku, dan
cakap, "Ooo, yg En.Sani interview smalam ek"
then dia masuk amek borg aku 
dia de la briefing sket2 benda yg sama gak
leh keje under pressure ke, leh ke keje berdiri lama2,
nak keje bape lama, cana leh tau pasal de keje
 kosong kat sini dan lain2 lg..

konklusi dia, dia kata sebenarnya
de kosong satu tp 1st week of May la leh stat
sbbnye dia kena bg notis sebulan kat supervisor dia
dia kata lg, kalo de dpt keje len
bgtau la dia, senang dia nak cari org len
dia akan letak nama aku antara
top list yg akan di amek bekerja
dia pun cam harap sangat aku leh keje kat situ
dalam hati aku
"Ok2, jangan risau Kak Mona"
so, nnti dia akn call aku bulan 5 nnti
sebelum aku blah tu, aku tanya dia
"So, kalo saya dapat keje, saya dok kat 
seksyen 3 ni la ye?"
dia pun jawab, "Aah, ke awak nak keje kat Warta tu?"
aku pon dengan pantas menjawab,
"Eh, xpe2 sini lg dekat ngan umah..5 minit je"
lol

pas da abis interview tu
mama ajak g Alamanda lak sbb dia nak
g Maxis kat situ, nak wat pe tah
sblm tu, balik umah dulu
aku nak tuka baju sbb aku g interview td
pakai baju kurung..huhu

sampai Alamanda tu, lepas da g Maxis,
leh lak aku jumpe member aku jalan2 gak kat situ
haha
pastu aku sambung lg jalan2, dalam 12.30 PM tu, de org call
aku ingat papa sbb mesti dia tengah cari
aku ngan mama merayap tanpa dia

rupa2nya Kak Mona yg manager 
Guardian kat Sesyen 3 tu,
dia kata dia da call org atas dia tu,
then dia kata lg, sementara nak masuk
bulan 5 ni, dia soh aku training
kat Warta tu dulu sementara
so, nanti kalo da pindah kat seksyen 3 tu nanti
xde la dia nak train banayak sangat
aku pon ok je..

pastu kitorg pun g la makan sblm balik
hehe


p/s: dia kata nak confirm balik kul 2 PM ni
tp da nak kul 3 PM da ni, x call2 lak
xpe2..

Tuesday, April 9, 2013 - 0 comments

Interview P1

ari yg di tunggu-tunggu telah tiba
first time aku x rasa nervous
slalu kalo de benda2 cani, confirm aku
nervous cam x cukup tdo ke, takut ke

so, pg tu aku g la Warta dalam kul 10.30 AM
sbb En.Sani tu nak jumpa kul 11 AM
aku datang, leh lak dia kuar jap
xpe2..
aku tunggu la dalam 5 minit camtu
then dia nampak aku, cakap
"ni yg nak interview tu ke?" aku angguk
then dia soh ikut dia
then bg aku borang isi keje

masa nak isi borang tu terasa cam 
nak amek exam la pulak
banyak tol benda dia tanya n soh isi
aku pun tibai je la
da r dalam omputeh!
salah satu soalan dia tanya dlm borg tu
dia tanya apa yg aku tau pasal Guardian ni
aku pun dengan otak yg jem
tulis la "This company selling health products"
lupa lak nak tulis beauty products skali

pape pn masa interview tu, dia soh cite
bout myself, then pe yg akan
aku target dalam masa 2-3 taon lg
aku dengan separa confident, 
cakap la "kalau saya still kat Guardian ni,
dan menjadi manager, saya akan pastikan segala
kerja akan berjalan dengan lanjar dan teratur
pada yg sama saya akan meningkatkan sales"
lebih kurg camtu la..

lain2 soalan, dia tanya nape nak 
keje kat Guardian ni, dan brapa lama
leh keje kat sini..

di pendekkan cite, dalam kul 12 PM tu
dia soh kuar jap sbb dia nak call
manager dia yg kat Seksyen 3 tu..
nak tanya sama ada leh amek aku trus or
kene jumpa dia dulu

5 minit pastu, di kuar
dia cakap manager dia xde nnti dia akan call
aku ptgnye nnti

then aku pon blah la dari situ
sbb nak g CIMB bank lak nak cek
ATM kad aku, da inactive

masa kat bank tu, En.Sani tu call cakap
aku kena jumpa manager dia kat 
Guardian Seksyen 3 tu esok (Rabu)
kul 10.30 AM


Friday, April 5, 2013 - 0 comments

Guardian


aritu dengan beraninye aku g anta mesej
kat no yg iklan Guardian tu
padahal org soh call, ak g anta mesej lak kan
sape soh bg no phone betul

lepas beberapa ari, baru org tu bls mesej dia kata, 
cuba call no yg lg satu, En Sani..
aku pn esoknye kul 10AM anta mesej 
gak kat no En Sani tu..haha
then trus org tu call no private number
da r aku baru bangun masa tu
tengah mamai2 tu, ak pun angkat

dia pn kata la de keje kat Guardian Warta tu..
dia tanye aku de anta email tak?
ak pun kate de..
dia bukak then de nama aku..
leh lak kan dia kata, baru je nak call awak
ceh! dan2 je kan..

aku pn ax ingat aku mintak keje pe
sbb bila bukak Guardiannye website tu,
de list keje yg diorg nak
aku apply je pe yg sesuai ngan aku

pastu dia kata, de jadi management training
dia tanye lg, leh keje bape lama?
leh lak aku cakap at least 3 bulan kan
sbb aku kata takut nak sambung blaja lg
dia kata, kalo 3 bulan xnak la
sbb kalo boleh, dia nak org yg leh keje trus

sebenarnye aku pn xtau pe yg aku ckp
sbb baru bangun tdo..
pas abis call tu, ak g tau mama sbb
papa g klas ngaji lak
mam kata, amik je, bukan tau dapat
sambung blaja lg ke x
at least nnti aku da tau pasal management

tepat kul 11 AM, aku mesej lg
En Sani tu, aku punya la bincang ngan
mak aku cana nak anta mesej..lol
10 minit gak r karang mesej tu
last2 cakap saya berminat ngan keje tu
trus org tu call lg (bagus tol)

dia kata, kalo minat, miggu depan ari Selasa
jumpa kat Warta kul 11 AM sbb dia dari Shah Alam
aku xtau la dia keje kat Warta tu tp dok Shah Alam
ataupun dia keje kat Shah Alam nye branch

pape pun wish me luck!

- 0 comments

[Review] Yawang + TWTWB



so, minggu ni tamat la 2 buah drama yg ak follow since 
bulan lepas iaitu Queen of Ambition (Yawang)
That Winter, The Wind Blows (TWTWB)
lepas da tengok 2 drama ni, aku rasa iainya 
sangat best dan x berapa bosan
sangat la sbb biasanya melodrama ni de sad ending



Yawang ni kisah pasal Ha Ryu nak 
balas dendam kat Da Hae ni sbb Da Hae tinggal kan 
Ha Ryu terkontang-kanting masa
Da Hae sambung blaja kat oversea sbb 
jumpa lelaki kaya, Do Hoon
padahal Da Hae da de anak da ngan Ha Ryu
cuma x daftar je perkahwinan diorg

bila tengok cita ni, aku 
rasa geram giler ngan Da Hae ni dan 
pada yg sama cam kagum sbb cane la dia
berani wat suma benda asalkan dapat pe yg 
dia nak termasuklah bunuh org!


memula tgk cite ni, of  kos sbb Yunho,
acting dia sangat improve dari cite HTTG dulu
terharu gler aku..lol
tp cite ni sangat best sampai x 
kisah pun watak dia mati


ending drama ni sedih gak la..
memula leh tahan lg sbb last2 Da Hae mati,
then de flashback sket pasal family diorg dulu2
part tu la kot yg sedih tu




2nd drama lak TWTWB, cita ni
pasal de dua org lelaki yg bernama sama
iaitu Oh Soo
sorg penipu, sorg cam baik sket kot
di pendekkan cite, Oh Soo yg penipu ni
menyamar jd abang kpd anak org kaya yg buta
dia menyamar sbb org salah sangka 
yg dia Oh Soo yg diorg cari2 slama ni
di sebabkan Oh Soo ni perlukan duit,
dia pun teruskan penyamaran tu
lgpn Oh Soo yg sebenar da mati sbb accident

dalam cite ni aku agak konfius sket pasal 
penyakit adik dia ni, Oh Young
pe penyakit yg menyebablan dia buta
then ending dia pn agak konfius sbb 
last2, Oh Young da leh nampak lepas operation
padahal Oh Soo da kena tikam

org kata, sama ada itu adalah hanya imagination
Oh Young ataupun dua2 mati..

"cotton candy kiss"
ske scene ni sbb cam CF lak diorg wat..sangat sweet

ending yg confius..
tp sangat suka cherry blossom at the background~